Tuesday 12 September 2017

Time Managament

okay entry ni penting SANGAT! As a student of course la kena bijak manage masa lagi-lagi bila duduk asrama. semua kena settel sendiri. Takde konsep maid2 lagi dah bila masuk asrama.
Lain orang lain cara kan. So cara aku manage time aku adalah dengan JANGAN MEMBAZIR WAKTU BUAT PERKARA TAK PENTING. Cuba kejar masa untuk siapkan semua assignment awal2 so that kau tak ada lah rasa stress sangat bila lecture nak semak ataupun suruh hantar assignment tu. Cuba buat even tak tahu jangan tak sentuh langsung, TU MEMANG CARI NAHAS >.< Bila semua assignment kau da siap baru lah boleh buat ulangkaji sikit takpun ambil masa untuk buat aktiviti riadah ataupun basuh baju.

Bila cuti hujung minggu jangan terfikir nak ganti tidur. Kat matrik ni takde istilah tidur sangat sebab for sure kerja kau melambak af ! bila cuti hujung minggu ni aku ambil peluang buat study group dengan kawan sekolah lama. Ikut lah dengan siapa kita selesa kan. Study pasal subjek yang kau tepu tak faham apa takpun subtopik kau tertidur dalam lectured hall   *._. selalu tidur ni) ,so dengan cara ni takdelah kita buang masa buat perkara tak berfaedah.
waktu petang pulak aku prefer untuk buat aktiviti yang boleh relese tension. Normal lah study kat matrik ni stress kan. so bila petang ni buat lah perkara yang kau suka, contohnya tengok movie ke, main badminton takpun tidur. rehatlah pulak lepas da kerah otak.

Okay kalau malam aku prefer duduk kat meja belajar dalam bilik tu fokus siapkan kerja. Jangan terpengaruh sangat dengan roomate yang ajak tidur awal tu. *hahahhaa
paling kurang kau siapkan 50% kerja kau so nanti da ringan sikit kalau nak sambung buat the next day kan ? tapi aku jenis yang akan pilih salah satu dari hari weekend tu untuk tak tidur malam. Berjaga dari malam tu sampai ke subuh. Siapkan kerja then kalau da tak boleh hadam buat lah ulangkaji. baca nota2 ke takpun buat nota ringkas untuk kau rujuk sendiri. Ramai orang cakap membaca pagi2 ni senang ingat kan. So kalau rasa okay je stay up sampai pagi cuba lah try >.<

No comments:

Post a Comment